Sunday 30 October 2011

Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis KSSR

  • Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Murid juga mesti berupaya menghayati teks yang dibaca. 
  • Keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif.


    No comments:

    Post a Comment