Tuesday, 1 November 2011

Instrument Pentaksiran Standard Prestasi BM



Contoh bahan instrument pentaksiran standard prestasi KSSR BM tahun 1 yang digunakan untuk menentukan tahap band murid-murid.

Contoh Bahan Bantu Mengajar

Sunday, 30 October 2011

Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis KSSR

  • Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Murid juga mesti berupaya menghayati teks yang dibaca. 
  • Keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif.


    Lagu kanak-kanak

    video
    video
    video
    video

    Melalui KSSR pengajaran dan pembelajaran banyak melalui bahan interaktif seperti nyanyian, berlakon, berpantun. di mana guru- guru perlu kreatif dalam mengubah perkataan, suku kata, tema atau tajuk yang ingin di ajar untuk lebih menarik minat murid-murid...  Ini antara contoh video atau lagu yang boleh para guru gunakan untuk aplikasi dalam P&P tetapi ditukar seni katanya mengikut kesesuaian tema atau tajuk yang ingin di ajar.



    Apa itu KSSR?

    Mesti ramai yang tertanya2 kan apa kejadahnya binatang KSSR ni kan?

    datang dari mana plak KSSR ni? apa la kegunaan KSSR ni?

    sebenarnya.......

    KSSR...... KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan beriringan dengan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) tanpa dihapuskan. KSSR ini hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2011 di semua sekolah2 di Malaysia bagi murid2 tahun 1 sahaja. Bagi murid2 tahun 2-6, mereka masih gunakan KBSR. KSSR ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tahun demi tahun.

    Sistem KBSR menggunakan buku teks akan tetapi sistem KSSR semasa P&P menggunakan modul modul mengikut kemahiran standard yang telah ditetapkan untuk setiap murid-murid. KSSR membahagikan mata pelajran kepada tiga modul iaitu modul asas teras, modul asas tema, dan modul asas elektif. Semasa KBSR lebih menekankan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira akan tetapi KSSR lebih menumpukan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.