Sunday 30 October 2011

Apa itu KSSR?

Mesti ramai yang tertanya2 kan apa kejadahnya binatang KSSR ni kan?

datang dari mana plak KSSR ni? apa la kegunaan KSSR ni?

sebenarnya.......

KSSR...... KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan beriringan dengan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) tanpa dihapuskan. KSSR ini hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2011 di semua sekolah2 di Malaysia bagi murid2 tahun 1 sahaja. Bagi murid2 tahun 2-6, mereka masih gunakan KBSR. KSSR ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tahun demi tahun.

Sistem KBSR menggunakan buku teks akan tetapi sistem KSSR semasa P&P menggunakan modul modul mengikut kemahiran standard yang telah ditetapkan untuk setiap murid-murid. KSSR membahagikan mata pelajran kepada tiga modul iaitu modul asas teras, modul asas tema, dan modul asas elektif. Semasa KBSR lebih menekankan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira akan tetapi KSSR lebih menumpukan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.


No comments:

Post a Comment