BAHASA MALAYSIA TAHUN I

RPH BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 GEMILANG

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 1 Gemilang
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Masa : 8.00 – 8.30 pagi (30 minit)
Standard Pembelajaran : 1.5.1,3.4.1

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat :
i. Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal
ii. Menulis imlak perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan ejaan yang betul.

EMK : Nilai Murni – patuh,yakin
Keusahawanan – pemikiran usahawan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Sains,Matematik,Pendidikan Agama Islam dan Muzik

Sistem Bahasa : Kosa Kata – dusun,tempatan
Tatabahasa – ayat tunggal

Bahan Bantu Mengajar : Carta teka-teki,carta lagu,kad perkataan,kad gambar, benda maujud dan lembaran kerja.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran Berfikir :Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai – Konstektual,Pengajaran Masteri


Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui nama buah-buahan tempatan dan
sebahagian murid berpengalaman ke dusun buaha-buahan.

____________________________________________________________________________________

Set Induksi
(5 min)


Membaca dan menjawab pantun teka-teki

(Aktiviti Guru)
1. Guru memberi salam dan bertanya khabar kepada murid.
2. Guru mempamerkan carta teka-teki
3. Guru menunjukkan benda maujud – buah belimbing dan nanas.
4. Guru mengaitkan bahan tersebut dengan tajuk pelajaran.

(Aktiviti Murid)
-Murid menjawab salam dan membaca doa.
-Murid membaca pantun teka-teki dan menjawab teka-teki tersebut.
-Murid menjawab soalan spontan yang diajukan.
-Murid mendapat gambaran mengenai tajuk yang akan diajar berdasarkan bahan-bahan yang ditunjukkan.

Strategi/ Teknik:
Permainan bahasa

Sumber Pengajaran:
Carta teka-teki dan buah belimbing dan nanas.

Penerapan nilai murni:
Patuh,rajin
____________________________________________________________________________________
Langkah 1
(10 min)
Dusun Buah-buahan
1. Buah durian
2. Buah rambutan
3. Buah manggis
4. Buah langsat
5. Buah cempedak
6. Buah jambu batu
7. Buah pisang

(Aktiviti Guru)
1. Guru bersoal-jawab tentang nama buah-buahan temapatan.
2. Guru meminta murid mengeja perkataan buah yang ditunjukkan
3. Guru melekatkan dan memadankan gambar dan perkataan buah-buahan.

(Aktiviti Murid)
-Murid meneka dan menyebut nama buah-buahan yang ditunjukkan
-Murid mengeja perkataan berdasarkan gambar buah yang ditunjukkan.
-Murid menyebut ayat-ayat berdasarkan soalan-soalan yang diajukan oleh guru.

Strategi/ teknik :
Soal-jawab

Penerapan nilai murni:
Penglibatan aktif dan berkeyakinan

Sumber Pengajaran
Kad perkataan, kad bergambar
____________________________________________________________________________________
Langkah 2
(5 minit)
Aktiviti bercerita tentang buah kegemaran berdasarkan :
1. Saiz
2. Warna
3. Bentuk
4. Rasa

(Aktiviti Guru)
1.Guru meminta murid bercerita buah kegemaran murid.
2.Guru membimbing murid bercerita menggunakan ayat tunggal yang betul
3.Guru menunjukkan empat perkataan bagi panduan murid bercerita.

(Aktiviti Murid)
-Beberapa orang murid menawarkan diri untuk bercerita.
-Murid bercerita berdasarkan perkataan-perkataan yang ditunjukkan oleh guru.
-Murid bercerita dengan menggunakan ayat tunggal yang betul.
Sumber Pengajaran :
Kad perkataan dan kad bergambar

Penerapan nilai murni:
Penglibatan aktif, berdisiplin dan berkeyakinan.

Strategi/Teknik :
Bercerita

____________________________________________________________________________________
Langkah 3
(5 minit)
Mengimlak perkataan:
1. Durian
2. Langsat
3. Rambutan
4. Manggis
5. Jambu batu
6. Cempedak
7. Pisang
8. Nanas

(Pengukuhan)
(Aktiviti Guru)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Guru meminta murid menulis perkataan-perkataan yang dibaca oleh guru.
3. Guru membaca perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

(Aktiviti Murid)
-Murid mendengar dengan teliti arahan guru.
-Murid mendengar dengan teliti perkataan-perkataan yang disebut oleh guru.
-Murid menulis semula perkataan-perkataan yang disebut oleh guru dengan betul dan tepat.
Sumber Pengajaran:
Lembaran kerja

Penerapan nilai murni:
Berkeyakinan, kekemasan

Strategi /Teknik :
Kuiz
____________________________________________________________________________________
Penutup
(5 minit)
Nyanyian lagu “Buah-buahan Tempatan”

(Aktiviti Guru)
1. Guru mempamerkan carta lagu -senikata lagu.
2. Guru meminta murid
menyanyi bersama-sama.
3. Guru merumuskan apa
yang telah diajar.

(Aktiviti Murid)
-Murid menumpukan pada
carta lagu senikata lagu.
-Murid menyanyi bersama-sama guru.
-Beberapa orang murid bermain alat muzik
-Murid mendengar rumusan
yang dibuat oleh guru.

Sumber;
Carta lagu, alat muzik

Strategi/teknik;
Nyanyian

Penerapan nilai;
Bekerjasama, mesra dan aktif.

____________________________________________________________________________________
REFLEKSI PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 GEMILANG

KEKUATAN

Aktiviti pantun teka teki pada sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid.Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Guru dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Selain itu,guru juga menyediakan contoh benda maujud dan bahan-bahan ilustrasi agar murid dapat tmemahami tajuk yang disampaikan dengan lebih jelas dan ditambah lagi penggunaan teknik ganjaran dan pujian bagi menghargai murid dan ini secara langsung dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.dengan bersemangat.
. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaranyang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar.Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru seterusnya kawalan kelas berada keadaan yang memuaskan.
Pertuturan guru yang lancar semasa menyampaikan isi pelajaran juga dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suaraj elas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yangdiberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.Kebanyakan murid dapat menyempurnakan latihan yang diberikan guru dengan baik dan betul.


KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa sesi makropengajaran tersebut yang perlu penambaikan dilakukan agar mutu pengajaran guru dapat dipertingkatkan lagi. .Antaranya adalah penggunaan masa yang kurang tepat mengikut perancangan RPH yang telah dirancang.Sepatutnya guru menggunakan masanya dengan bijak agar selari penyampaian isi pelajaran dengan masa yang telah diperuntukkan.Jika keadaan ini berlaku dan berterusan,maka akan menyebabkan gangguan kepada proses p&p berjalan dengan lancar dan berkesan.Selain itu,penggunaan masa yang lebih daripada yang diperuntukkan akan mengganggu proses p&p bagi sesi pembelajaran dan pengajaran yang seterusnya.
Kelemahan lain yang dapat dikenalpasti adalah tumpuan murid semasa bahagian penutup dalam aktiviti menyanyi agak terjejas kerana terdapat sebahagian murid yang kurang memberi perhatian terhadap arahan guru.Murid-murid ini sepatutnya membaca senikata lagu yang dipamerkan dan seterusnya menyanyikan lagu tersebut.Namun penggunaan alat-alat instrumental telah mengalih perhatian mereka daripada melakukan aktiviti nyanyian dengan baik dan menurut arahan yang sepatutnya Murid-murid ini didapati menyanyi dengan kurang fokus terhadap nyanyian dan kaitannya dengan pembelajaran yang telah mereka pelajari pada hari tersebut.
Pemantauan di dalam kelas juga agak lemah.Guru banyak berada di hadapan kelas dan kurang memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas terutamanya yang di bahagian belakang kelas..Guru seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid dari setiap penjuru kelas. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung guru akan lebih dapat mengawal keadaan seterusnya disiplin murid menjadi lebih baik. Melalui pemantauan juga guru akan dapat mengesan murid yang lemah yang memerlukan bimbingan dengan lebih dekat dan serius.



LANGKAH MENGATASI

Penambaikan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang didapati dalam makropengajaran tersebut.Ketepatan penggunaan masa perlu diberi perhatian yang serius dalam menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Oleh itu,guru akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pembelajaran dan pengajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran.Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran.
Bagi memperbaiki kelemahan tumpuan dan fokus murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh guru ialah dengan membuat perancangan yang lebih teliti,rapid an ringkas agar perhatian murid tidak cepat berpindah ke arah sesuatu yang lebih menarik.Guru boleh mengedarkan kepada semua murid alat muzik kerincing agar memberi kepuasan dan keadilan kepada mereka.Apabila keinginan mereka dapat dipenuhi maka aktiviti yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan berjaya dan mengikut perancangan di dalam RPH.
Kelemahan dari segi pemantauan guru juga boleh diatasi .Ini kerana guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantausetiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedangberlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalamkelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadappelajaran secara serta merta.Guru mengharapkan agar segala penambaikan yang akan dibuat ke atas kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sepanjang makropengajaran dijalankan akan dapat menambah kualiti dan teknik pengajarannya dalam merealisasikan misi guru penjana transformasi negara ke arah melahirkan modal insan kelas pertama dunia.