BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

RPH BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 UNGGUL

Mata Pelajaran :Bahasa Malaysia
Tahun :2 Unggul
Bil Murid : 31 orang
Tema : Makanan untuk kesihatan
Sub Tajuk : Kebersihan Makanan
Tarikh : 12 Mei 2011
Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat;
i. Menyatakan tiga isi penting yang terdapat di dalam teks.
ii. Menulis perkataan ayat tunggal dan ayat makmuk.
iii. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca
Aras 2(ii) Menyatakan isi-isi penting teks yang dibaca.

Fokus Sampingan : 8.1. Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2 (i) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis

Sistem Bahasa : Tatabahasa :Penjodoh bilangan
Kosa kata : keracunan makanan, tercemar, keping, sebuah.
Pengisian Kurikulum : Ilmu : sains, PJK
Nilai : Kebersihan fizikal dan mental
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
Kemahiran Berfikir : Menjana idea
Kecerdasan Pelbagai : Konteksual

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mengalami keracunan makanan (cirit birit).

Bahan Bantu Belajar : Komputer, gambar makanan yang tercemar.

____________________________________________________________________________________
Permulaan/
Mencungkil Idea
(5 min)
Definisi makanan bersih :
- Makanan bersih ialah makanan yang tidak dicemari kuman atau bakteria.
(Aktiviti Guru)
1. Guru bertanya khabar dan memberi salam kepada murid.
2. Guru bertanya tentang kehadiran murid kepada ketua kelas pada hari ini.
3. Guru mempamerkan gambar makanan yang telah tercemar seperti makanan dihinggapi lalat kerana tidak ditutup.
4. Guru merangsang murid untuk memberikan respon tentang gambar tersebut.
5. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari.(Kebersihan
makanan)
(Aktiviti Murid)
- Pelajar menjawab salam
- Ketua kelas memaklumkan tentang kehadiran pada hari ini.
- Murid menumpukan sepenuh perhatian kepada gambar yang ditunjukkan
- Murid memberi respon dan beberapa orang murid menyatakan sebab-sebab makanan itu tercemar secara spontan dan ringkas.
- Murid mendapat gambar gambaran awal tentang tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.

Strategi /Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar tunggal.

____________________________________________________________________________________
Menstruktur/Menstruktur
Semula
(40 min)

Sebab-sebab makanan tercemar :
• Terdedah/tidak
ditutup

• Dihinggapi lalat
• Tidak bersih


Cara-cara menjaga
Kebersihan Makanan :
• Basuh bahan
• Pilih bahan yang
segar
• Simpan dengan cara
yang bersih dan
dan selamat
• Masak dengan
sempurna

(Aktiviti Guru)
1. Guru menayangkan gambar pesakit di hospital kerana sakit perut dan cirit-birit.
2. Guru memulakan tajuk dengan meminta murid bercerita secara ringkas tentang pengalaman sakit perut.
3. Guru menayangkan teks kebersihan makanan melalui projektor LCD
4. Guru meminta murid memahami teks dan mencari isi-isi penting
5. Guru meminta murid mencari penjodoh bilangan yang terdapat dalam teks.
6. Guru memaparkan penjodoh bilangan yang terdapat dalam teks
7. Guru meminta murid mencari benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan tersebut.

(Aktiviti Murid)
- Murid meneliti dan memahami gambar tersebut .
- Murid bercerita tentang sakit-perut dengan menggunakan perkataan sendiri
- Murid membaca kuat teks secara kelas dan individu dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan sesuai.
- Murid membaca teks secara senyap bagi memahami teks. – Murid menyatakan isi-isi
penting dalam teks melalui soal-jawab.
- Murid mencari dan menggariskan beberapa penjodoh bilangan yang terdapat dalam teks.
- Murid menyebut penjodoh bilangan tersebut dan membaca empat ayat yang
mengandungi penjodoh bilangan tersebut.
- Murid mencari dan menyebut penjodoh bilangan tersebut
secara individu.

Strategi/Teknik :
Aktiviti Inkuiri
Penemuan

Penerapan nilai
murni :
Menjaga
Kebersihan
Fizikal dan
Mental

Strategi :
Bercerita

Strategi :
Soal jawab


Strategi :
Sumbang saran

Tatabahasa :
Penjodoh
Bilangan

Penerapan
nilai murni :
berani dan yakin

____________________________________________________________________________________
Aplikasi
Idea
(10 min)
Menulis pernyataan yang
betul berdasarkan teks

(Aktiviti Guru)
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta murid
menjawab dalam masa10 minit
2. Guru bersama-sama berbincang jawapan latihan
bersama murid.

(Aktiviti Murid)
- Murid melengkapkan ayat-ayat dengan perkataan
yang sesuai dan betul dengan tekun
- Murid mengangkat tangan bagi membacakan jawapan
latihan yang dibuat

Penerapan
nilai murni :
Tekun dan
berani

____________________________________________________________________________________

Penutup
(5 min)

Makanan yang bersih akan
menjamin kesihatan yang
baik dan dapat mengelakkan
daripada keracunan makanan

(Aktiviti Guru)
1. Guru bertanya kembali tentang cara-cara menjaga
Kebersihan makanan.

2 Guru membuat rumusan pelajaran pada hari ini.

(Aktiviti Murid)
-Murid menjawab soalan guru dengan betul berdasarkan
kefahaman murid
- Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.


____________________________________________________________________________________

REFLEKSI PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 UNGGUL

Hari ini aku memulakan hari ku di sekolah bersama-sama muridku di Kelas 2 Unggul .Aku memulakan langkahku ke kelas 2 Arif dengan penuh semangat dan ceria bagi tajuk yang baru.Tajuk yang aku ajarkan pada hari ini berkaitan dengan makanan dan kebersihan iaitu kebersihan makanan.Nampaknya respon yang diberikan oleh murid-muridku agak menggalakkan namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi olehku dan anak muridku.
Masalah yang ketara yang dihadapi oleh segelintir anak muridku ialah mereka tidak tahu mencari isi-isi penting yang terdapat petikan yang diberikan .Selain itu juga mereka tidak tahu penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat.Masalah-masalah ini sememangnya merisaukan diriku kerana untuk menjadi seorang guru yang berkesan dan berkualiti aku perlulah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskinikan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari masa ke semasa.Jika ini dapat dilakukan maka masalah yang aku hadapi berhubung kesukaran anak muridku ini dapat diatasi
Kesukaran anak muridku mencari isi-isi penting yang terdapat dalam petikan ini adalah kerana kurangnya pemahaman mereka terhadap petikan itu.Mereka mungkin dapat membacanya tetapi kurang menghayati dan memahami mesej atau isi utama yang ingin disampaikan dalam petikan.Apabila diminta mereka mencari dan menyatakan isi-isi penting atau utama dalam petikan tersebut hanya sebahagian sahaja yang dapat memberikan isi-isi penting tersebut dengan tepat.Manakala sebahagian murid lagi hanya menyatakan perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tidak memenuhi kehendak soalan yang diajukan.
Manakala masalah kedua yang dihadapi oleh anak muridku ialah tidak tahu penggunaan penjodoh bilangan bersama pasangannya atau benda dan di dalam ayat.Keadaan ini menyebabkan mereka tidak faham akan pentingnya penggunaan penjodoh bilangan dalam sesuatu ayat.Masalah ini timbul mungkin kerana mereka kurang membaca bahan-bahan bacaan seperti buku cerita,majalah dan suratkhabar.

Melihatkan senario ini,ianya membuatkan aku sedikit kecewa dan ‘frust’ dengan diriku sendiri kerana apa yang ingin aku sampaikan dan berikan kepada muridku ini agak kurang kesampaian.
Namun aku mesti berfikiran positif kerana setiap masalah atau dugaan itu pasti ada jalan penyelesaiannya kerana bukankah Allah itu Maha Penyayang kepada hambanya yang sentiasa berusaha untuk mengubah nasib dirinya.
Oleh itu langkah pertama yang aku akan ambil adalah menggunakan pendekatan belajar secara rakan sebaya sebagai pembimbing.Murid-murid akan diletakkan dalam kumpulan semasa membuat aktiviti semasa di dalam kelas.Murid-murid yang kurang faham akan dibantu dan dibimbing oleh rakan sebaya yang telah faham dan tahu lebih jelas.
Selain itu mereka perlu disedarkan tentang perlu dan pentingnya mereka membanyakkan bacaan mereka dengan selalu dan sentiasa membaca bahan-bahan bacaan yang dapat memperkayakan perbendaharaan kata mereka dan lebih mengetahui fungsi penjodoh bilangan di dalam ayat.
Aku harus merancang strategi pengajaran yang lebih efisen dan menarik agar murid-muridku ini lebih terangsang untuk terus mengikuti proses P&P ku di dalam kelas .Aku boleh memudahcara dengan menggunakan peta minda bagi mencerakinkan isi-isi penting dan sebagainya.
Akhir sekali aku amat berharap agar aku dapat memenuhi aspirasi negara dengan menjadi penjana bagi transformasi pendidikan pada masa kini kepada pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan bagi melahirkan insan-insan yang bertakwa ,berilmu dan memiliki jati diri yang kuat.